Tuesday, December 23, 2008

PERNIAGAAN INTERNET LANGKAH KE JUTAWAN.

PERNIAGAAN INTERNET LANGKAH KE JUTAWAN.

Mereka yang menjadi Jutawan Internet bermula dengan menjual ebooks dan softwares. Adakah anda ingin mengikuti jejak langkah mereka?

Di The Investors Zone kami menyediakan beratus-ratus ebooks dan softwares untuk anda jual melalui internet. Anda akan memperolehi 100% keuntungan.

Untuk keterangan lanjut, klik pada banner di atas.

Terima Kasih

Dari

The Investors Zone Team.

Monday, December 22, 2008

Blogger Baru Pandai Mencuri

Semakin hari semakin banyak blog yang wujud di dunia cyber ni. Dan semakin itu juga, banyak blog-blog baru yang wujud. Aku tidak tahu situasi di negara luar tetapi apa yang aku dapat perhatikan, blogger-blogger baru di tanah air kita ini sangat pandai mencuri.

Disebabkan mereka-mereka ini masih baru, jadi, banyak perkara yang mereka tidak tahu. Dan disebabkan itu, mereka mencuri content-content dari laman blog orang lain dan diletakkan di blog mereka itu sendiri. Dah pulak tu tak nak mengalah sampai, icon-icon dan image-image yang ada dalam posting pun dorang sebat sekali. Hai…kenapa la sampai macam tu sekali dorang ni.

Maaf kalau ada dikalangan pembaca di sini yang masih baru dalam blogging dan terasa dengan kata-kata aku di sini. Tetapi itu lah yang berlaku di kalangan masyarakat blogger di Malaysia. Pandai mencuri content orang lain dan dijadikan sebagai artikel di blog sendiri. Apa lah salahnya sekiranya diletakkan link dari mana sumber artikel itu diambil. Ni tidak, sekali semua dia sapu termasuklah Related Post yang ada dekat artikel itu. Macam mana aku boleh tahu? Mestilah sebab aku yang kena.

Mungkin aku rasa perlu berkongsi dengan blogger-blogger baru mengenai etika dalam blogging. Even dalam blogging pun ada etika weh. Jangan main-main. Blogging bukannya platform mencuri tetapi blogging merupakan platform untuk kita meluahkan pendapat dan berkongsi sesuatu dengan orang lain.

Jadi, kalau korang masih baru dalam dunia blogging ni, ingatlah pesanan aku. Janganlah korang mencuri content orang lain. Kalau nak curi pun, tinggalkanlah kesan iaitu meletakkan link dari mana sumber ia di ambil. Atleast, tahu lah jugak tuan punya artikel itu bahawa content beliau telah dicuri tetapi secara jujur. Kan mulia tu…

Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Celcom Broadband 3.6Mbps hanya RM98 sahaja

Ye! Korang semua mesti tidak percaya kan? Tapi itulah yang sebenarnye. Pada hari Sabtu yang lalu, aku telah check website Celcom. Saje-saje melawat website Celcom tu. Then bukak la page Celcom Broadband. Mata aku tertarik dekat satu bende ni. Pakej broadband 3.6Mbps tu skang ni hanya RM98 sahaja. Sebelum ni harga die adalah RM120. Sangat-sangat berpatutan bagi aku. Sebab still under budget aku, RM100.

celcom-d98

So tadi, aku pun pergi la ke Celcom kat JB ni. Tengok-tengok, dah tutup dah Celcom Center kat Taman Tasek tu. Dorang dah pindah tempat kat mana tah, aku tak tahu. Tapi die ada tunjuk peta la macam mana nak ke sana.

Aku gi Celcom Center pun just nak upgrade broadband aku ni ke pakej 3.6Mbps tu. Sebab UTM ni dapat HSDPA coverage. Thats why aku nak upgrade pakej tu. Cume masalahnye bile aku balik rumah nanti. Kat rumah aku tak dapat HSDPA network. Tapi aku dah bagitahu kat Celcom suruh dorang upgrade network kat kawasan rumah aku. Wah…macam manager pulak kan aku ni? Main suruh-suruh je. Korang mana berani. Wargh!